1. Hantar permintaan
Email support@closelah.com dengan tajuk CloseLah Data Deletion Request. CloseLah dikendalikan oleh MWR Resources.
Buka email permintaan pemadaman →
Sertakan maklumat minimum berikut:
- Nama anda dan email akaun CloseLah, jika ada.
- Nama bisnes/workspace yang berkaitan.
- Skop permintaan: akaun anda, sambungan Meta/WhatsApp, conversation tertentu atau keseluruhan workspace.
- Jika berkaitan dengan chat WhatsApp, nombor dengan kod negara atau WhatsApp ID yang anda ketahui serta anggaran tarikh chat untuk membantu carian.
Jangan hantar password, OTP, access token, App Secret atau dokumen identiti penuh dalam email pertama. Kami akan meminta pengesahan tambahan hanya jika diperlukan.
2. Jika anda pelanggan kepada sesuatu bisnes
Anda tidak perlu mempunyai akaun CloseLah. Hubungi bisnes yang anda chat dahulu, atau email kami dengan nama bisnes dan cara mengenal pasti perbualan anda. Kami akan menyelaraskan permintaan dengan pihak yang bertanggungjawab terhadap workspace, tanpa memberikan akses kepada rekod orang lain.
3. Apa berlaku selepas itu?
- Support menyemak permintaan dan mengesahkan identiti atau kuasa anda terhadap data tersebut.
- Kami mengenal pasti rekod dan hubungan yang terlibat, menjelaskan kesan pemadaman dan meminta pengesahan skop jika perlu.
- Data yang layak dipadam atau dinyahkenal pasti. Kami memaklumkan hasil melalui email, termasuk apa yang dikekalkan dan sebabnya jika berkenaan.
Permintaan dikendalikan secara manual, bukan pemadaman segera melalui halaman ini. Tempoh bergantung pada pengesahan, skop dan kewajipan yang berkenaan. Anda boleh membalas thread email yang sama untuk meminta status; kami akan memaklumkan jika maklumat tambahan atau masa diperlukan.
4. Skop data yang disemak
Mengikut permintaan dan kuasa anda, semakan boleh merangkumi akaun/keahlian, contact, conversations dan media, leads, follow-ups, bookings, quotations, orders, payments, sambungan integrasi serta ringkasan atau pengetahuan AI yang diperoleh daripada rekod tersebut. Memadam satu chat melalui Inbox sahaja tidak semestinya memadam semua data berkaitan.
Sesetengah rekod transaksi, audit atau keselamatan mungkin perlu dikekalkan atas kewajipan undang-undang, penyelesaian pertikaian atau pencegahan penyalahgunaan. Backup mungkin kekal sehingga kitaran penyimpanannya tamat; pemadaman daripada sistem aktif tidak semestinya serta-merta menghapuskan setiap salinan backup. Kami akan menjelaskan batasan yang berkenaan dengan permintaan anda.
5. Sambungan Meta/WhatsApp bukan pemadaman data
Menarik balik akses aplikasi dalam tetapan Meta atau memutuskan sambungan WhatsApp tidak dengan sendiri memadam rekod CloseLah yang telah disimpan. Hantar permintaan di atas jika anda juga mahu rekod tersebut dipadam.
Pemadaman di CloseLah tidak memadam mesej pada telefon penerima, rekod asal dalam WhatsApp/Meta atau rekod penyedia pembayaran. Permintaan kepada perkhidmatan tersebut tertakluk kepada proses mereka. Anda tidak perlu memadam akaun WhatsApp Business di telefon untuk meminta pemadaman data CloseLah.
6. Maklumat lanjut
Baca Privacy Policy untuk butiran penggunaan data, atau hubungi support@closelah.com jika anda tidak pasti rekod mana yang perlu dipadam.